Wednesday 23 November 2016

Masakan Kari Rebung

Hari ni saya nak kongsi sikit antara cara memasak rebung yang sedappp dan mudah....

Antara bahan-bahannya:
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Cili padi
5. Ikan bilis
6. Tepung kari
7. Garam
8. Gula
9. Ajinamoto
10. Air masak


                                                                            Gambar 1
                                                    sumber: salamisimon1.blogspot.com


Cara-cara memasak:

1. Basuh dan potong halus bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
2. Tumbuk manja ikan bilis dalam lesung batu.
3. Rebus rebung terlebih dahulu untuk membuang rasa pahit dan toskan sehingga kering.
4. Panaskan minyak.
5. Campur tepung kari ke dalam mangkuk kecil dengan sedikit air.
6. Pastikan air kari pekat.
7. Seterusnya, tumis ikan bilis sehingga kelihatan agak kekuningan
8. Kemudian, tumis bahan-bahan yang telah dipotong halus sebentar tadi.
9. Apabila bau tumis sudah naik, tuang air kari ke dalam kuali dan gaul sehingga naik minyak.
10. Masukkan daun kari untuk mengharumkan masakan.
11. Setelah itu, masukkan rebung tadi ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati dengan kari.
12. Masukkan garam, ajinamoto, dan gula secukup rasa ke dalam masakan dan gaul.
13. Tunggu dalam masa 4-5 minit di dalam kuali sebelum api ditutup.
14. Akhir sekali, hidangkan.

Masakan Linut/ Sagu

Wahhh...linut sememangnya makanan kegemaran orang-orang kampung terutamanya kaum-kaum di Sarawak. Cara-cara untuk menyediakan makanan ini sangat mudah bagi orang yang sudah biasa membuatnya. Bagi yang baharu ingin mencuba masakan ini, di sini saya ada sediakan sedikit tips untuk memudahkan penyediaannya. Sangat berbaloi untuk mencuba makanan ini. Bak kata orang, sekali cuba pasti nak lagi....yummyyy


                                                                   Gambar hiasan
                                                  sumber: www.online-instagram.com

Mula-mula, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti tepung sagu (sekiranya tidak ada tepung sagu, anda juga boleh menggunakan tepung ubi atau tepung jagung). Tepung sagu adalah bahan yang utama. Tidak ada tidak sahhhh yerrr.......

Untuk membuat kuah atau sup sagu, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti:

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Cili
4. Belacan
5. Ikan bilis
6. Tempoyak
7. Garam
8. Ajinamoto
9. Sayur ikut kesukaan. cthnya. ( kangkung, daun bandung, cangkuk manis, bendi dll)

Mudahkannnn....

Okay...mari kita mulakan.

i. Mula-mula, anda kena panaskan air di dalam cerek.

ii. Tepung sagu dibubuh di dalam mangkuk atau besen sederhana ( cukup-cukup untuk beberapa   individu yang akan makan nanti ) 

iii. Kemudian, masukkan air sejuk ke dalam besen berisi tepung tadi. ( tuang sedikit demi sedikit tetapi pastikan air tepung itu pekat )

iv. Air yang telah masak tadi dituang dengan perlahan ke dalam air tepung tadi dan dalam masa yang sama air tepung tadi dikacau dengan senduk.

vi.  Anggaran air yang dituang mengikut keadaan linut tersebut. ( jika air tepung itu sudah agak mengembang dan semakin jernih, hentikan tuangan air dan sagu tersebut dikacau secara berterusan sehingga warna menjadi sebati iaitu menjadi warna jernih.)

vii. linut yang telah siap diamkan di tepi.

Kemudian, anda akan menyediakan kuah linut untuk menyedapkan masakan.

i. Potong halus bawang putih dan bawang merah dan basuh sayur yang akan digunakan dalam masakan.

ii. Tumbuk halus ikan bilis.

iii. Panaskan air dalam kuali dan masukkan potongan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.

iv. Gaul sehingga air sudah agak mendidih.

vi. Masukkan belacan dan tempoyak mengikut kuantiti yang sesuai. (sebaiknya pekatkan larutan tempoyak untuk rasa yang lebih enak) dan gaul sehingga sebati.

vii. Seterusnya, masukkan sayur yang telah dibasuh ke dalam kuali dan gaul.

viii. Bubuh garam dan ajinamoto dan gaul.

x. Biarkan dalam 5-10 minit untuk melembutkan sayur tadi.

xi. Kemudian, masukkan dalam mangkuk besar dan siap untuk dimakan.


Sup tadi akan perlu ambil oleh setiap orang ke dalam mangkuk atau pinggan dan cili boleh ditambah sesuka hati. Dannnn siappppp untuk dicampur dengan linut..... SELAMAT MENCUBAAAA...



Sambal Tempoyak

Yang ini paling best...paling terbaik..dan paling aummmm...

sediakan bahan-bahan...
1. Tempoyak.
2. Cili padi.
3. Ikan bilis.
4. Serai.
5. Gula.

Panaskan minyak dalam kuali. Then, masukkan potongan cili dan ikan bilis. Gaul sehingga ikan bilis bertukar ke warna kekuningan...Baru masukkan tempoyak ke dalam kuali dan gaul sehingga ikan bilis bercerai antara satu sama lain. (Pastikan ikan bilis dalam kuantiti yang banyak untuk menyedapkan sambal tempoyak.)

Masukkan serai yang sudah ditumbuk ke dalam campuran tempoyak tadi.
Last sekali, masukkan gula dan gaul sekali lagi sehingga sebati.
Tempoyak tadi dimasak sekejap sahaja dan boleh terus diangkat setelah bertukar warna coklat atau kekuningan.

Dan siap... okay..mudah kannn.. selamat menjamu selera....

MASAKAN SAMBAL SERAI

Kat sini saya nak kongsi macam mana nak buat sambal serai... pasti korang tak pernah dengar kan...ni merupakan resepi yang saya cipta sendiri.. tapi tak pasti lah sama ada orang lain pun pernah buat sambal macam ni...heheaa..

Mudah je pun nak sediakan...

1. sediakan serai dalam 10-15 ulas.
2. cili padi.
3. belacan.
4. Ikan bilis yang kecil.
5. bawang merah.

Mula-mula, kita kena potong halus serai tadi. Ini agak mengambil masa yerr.. potongan mesti halus okay....

Potong halus cili juga...

Kemudian, tumbuk halus bawang merah bersama belacan.

Tumbuh manja ikan bilis.

Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ikan bilis dan bawang mearah berserta belacan.

Gaul hingga naik bau.

Pastu, masukkan cili bersama garam dan ajinamoto dan gaul. Then, baru masukkan serai dan gaul sekali lagi sehingga sebati. Biarkan sehingga serai berwarna kekuning-kuningan baharu diangkat dari api.
Andddd siappp....siap untuk dihidang ...

MASAKAN CANGKUK MANIS

HAHHH... ini yang paling menyelerakan sekiranya anda penggemar makanan kampung....di sini saya ingin berkongsi dengan anda macam mana nak masak cangkuk manis goreng....sedap sedap sedappppp...yum yum yummm...

Okay...tanpa buang masa. Saya akan nyatakan bahan-bahan yang anda perlu sediakan.
yeahhhh.. mari kita mulakan.

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Serai
4. DAUN CANGKUK MANIS ( yang sudah diceraikan daripada batangnya)
5. Ikan bilis
6. Belacan
7. Cili
8. Garam
9. ajinamoto

Baiklah...semua bahan sudah ada. Kita mula memasak.

Yang pertama, seperti biasa...potong bawang putih dan bawang merah.

Yang kedua, tumbuk ikan bilis dan belacan... dan tumbuk serai.

Yang ketiga, basuh daun cangkuk manis dan toskan.

Yang keempat, panaskan minyak ( jangan terlalu banyak) dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan.

Gaul sehingga naik bau.

Yang kelima, masukkan daun cangkuk manis dan gaul sehingga kelihatan lembik dan berwarna terang. Kemudian, letakkan daun serai.

 Bubuh garam dan ajinamoto ke dalam masakan dan gaul sehingga sebati.
Biarkan sebentar dan siap.